MAJLIS PENYERAHAN BOT DAN 300 PEK JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : 16 APRIL 2023 ( Ahad )

Tempat : Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan

Masa  : 3.00 petang

PgKB I Anwar b. Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Majlis Penyerahan Bot dan 300 Pek Makanan yang telah disampaikan oleh YM Tengku Idzmul Azim b. Tengku Alang, Ketua Bahagian Pengurusan YaPIEM Negeri. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan  dan seterusnya membuat penyerahan bot dan 300 pek makanan. Turut hadir En Nik Muhd Nurul Ihsan b. Salleh, Pengurus YaPIEM Negeri Kelantan, Ketua Bahagian dan Ketua Balai serta anggota yang bertugas.

English EN Malay MS
Skip to content