MAJLIS ‘HARI RAYA WITH ME’ SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI TAHUN 2023

LOKASI : PADANG KEMAHKOTAAN PANTAI NDO TUMPAT

TARIKH : 24 APRIL 2023

MASA: 4.00 PETANG

YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menghadiri Majlis Hari Raya With Me anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Taman Kemahkotaan, Pantai Ndo, Tumpat, Kelantan.

Majlis disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V serta keberangkatan Pembesar-Pembesar Istana Negeri Kelantan. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia juga turut mengurniakan sumbangan hari raya kepada 150 orang asnaf.

Majlis turut dihadiri YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Haji Dato’ Ahmad Yakob serta pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian  negeri Kelantan. Majlis bersurai dengan keberangkatan pulang KDYMM serta pembesar-pembesar istana negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content