MAJLIS PENYERAHAN BOT PENYELAMAT KEPADA JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : ( 29 Disember 2022 ) Khamis

Tempat : Dataran Dato’ Hj. Soiman, Ibu Pejabat JBPM Kelantan

Masa  : 10.00 Pg.

Bertempat di Dataran Dato’ Hj. Soiman Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan telah diadakan majlis penyerahan 2 unit bot penyelamat daripada YM Tengku Izdmul Azim b. Tengku Alam wakil Pengarah Kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM ) kepada YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Dalam majlis itu juga telah diadakan majlis penyerahan daging sebanyak 100 pek sumbangan pihak YaPEIM. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan dan En. Nik Muhd Nurul Ihsan bin Salleh, Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content