LAWATAN FASILITI DAN KOORDINASI KOMUNIKASI GIRN SEMPENA MTL 2022

Tarikh : ( 29 Disember 2022 ) Khamis

Tempat : Bilik Gerakan Banjir JBPM Negeri Kelantan

Masa  : 11.45 Pg.

Bertempat di Bilik Gerakan Banjir JBPM Negeri Kelantan, YS Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menerima kunjungan lawatan daripada Encik Ahmad Azira bin Che Mohd Ayub, Program Director Sapura Research. Dalam pertemuan tersebut YS Pengarah telah mendengar taklimat ringkas tentang fasiliti dan komunikasi ‘ GIRN’ yang dikendalikan oleh pihak Sapura. Juga dibincangkan permasalahan komunikasi ‘GIRN’ yang telah berlaku semasa banjir gelombang pertama dan kedua yang telah melanda Negeri Kelantan pada pertengahan November 2022.

English EN Malay MS
Skip to content