Lawatan PASCA Banjir YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri ke SK Jelor, PASIR PUTEH, KELANTAN

TARIKH : 22/12/2022
HARI : KHAMIS

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut menyantuni mangsa banjir yang terjejas di pusat penempatan sementara (PPS) SK Jelor. Beliau yang tiba pada pukul 1630 petang meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan. Turut sama hadir Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) dan YB Senator Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

English EN Malay MS
Skip to content