MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PEMANTAPAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF(KIK) HORIZON BAHARU PERINGKAT JBPM NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Tarikh : 06 Julai 2023 (Khamis)

Masa : 02.30 petang

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan

PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu JBPM Negeri Kelantan Tahun 2023.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Balai dan peserta Bengkel KIK HB seramai 80 peserta. Bengkel Pemantapan KIK HB ini diadakan bermula pada 04 hingga 06 Julai 2023 bertempat di Dewan Dato’Sri Ts.Mohammad Hamdan,JBPM Negeri Kelantan.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengukuhan kepada semua pegawai dan anggota lain-lain pangkat berkenaan Konsep KIK Horizon Baharu.

Penceramah jemputan dan Fasilitator seramai 4 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Kedah (KIK Alor Setar Troopers) diundang sebagai Tenaga Pengajar yang diketuai oleh TPgB Ts.Ahmad Naufal bin Abdullah.

English EN Malay MS
Skip to content