LAWATAN KERJA YS PENGARAH JBPM NEGERI KELANTAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI DURIAN

KUALA KRAI, KELANTAN, 04 Julai 2023 : YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan,PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian pada jam 11.30 pagi. Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PBT II Jafar Jafari Bin Mustafa, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Durian bersama anggota bertugas.

Objektif lawatan YS Pengarah adalah bertujuan bagi meninjau fasiliti balai serta memastikan kebajikan anggota berada dalam keadaan baik. Disamping itu juga, YS Pengarah sempat memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada anggota yang bertugas supaya menjaga disiplin dan tingkah laku sebagai seorang penjawat awam. Lawatan kerja YS Pengarah berakhir dengan sesi bergambar bersama anggota balai.

English EN Malay MS
Skip to content