KUNJUNGAN HORMAT JBPM NEGERI KELANTAN KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 10 Julai 2023 / Isnin

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SPRM Negeri Kelantan

PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan bersama pegawai-pegawai kanan jabatan telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan. Ketibaan YS Pengarah disambut Pengarah SPRM Negeri Kelantan, KPKPj Rosli Bin Hussin bersama pegawai kanan SPRM yang bertugas.

Kunjungan diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dua hala antara JBPM Negeri Kelantan dengan SPRM Negeri Kelantan. Disamping itu juga, objektif kunjungan adalah untuk memperkasakan integriti kakitangan berkaitan dengan pencegahan rasuah dan memfokuskan pengurusan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016.

Kunjungan dua agensi ini berakhir dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar.

English EN Malay MS
Skip to content