LAPORAN PROGRAM JALINAN MESRA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H 2023

LOKASI : BBP TUNJUNG

TARIKH : 24 APRIL 2023

MASA: 2.10 PETANG

PEGAWAI YANG HADIR :

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin

Pengarah JBPM Negeri Kelantan

PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan hadir di BBP Tunjung bagi menyantuni anggota dan pegawai yang bertugas di Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023.

Dalam kunjungan tersebut, YS Pengarah menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada anggota dan pegawai yang bertugas. Kunjungan diserikan juga dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anggota balai. YS Pengarah juga turut menandatangani buku pelawat serta sesi bergambar dan jamuan ringan bersama anggota dan pegawai di balai.

English EN Malay MS
Skip to content