MENYELAMAT MANGSA DI ATAS POKOK KUIN

Tempat: Pasir Puteh, Kelantan.

Tarikh: 03.07.2023

Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Puteh menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 melaporkan berlaku satu kejadian seorang mangsa tersangkut di dahan pokok kuin setinggi 60 meter yang berlaku di alamat Kampung Tongkat, Jalan Lebuh raya Machang-Pasir Puteh, Kelantan.

Anggota dari BBP Pasir Puteh telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 01.09 petang. Keanggotaan yang terlibat seramai 13 anggota dan 2 anggota Pasukan Bomba Sukarela yang diketuai PPgB Azhar Elmi Bin Mustofar dibantu Pegawai Operasi PBK I Tuan Mohd Syukri Bin Tuan Hassan tiba di lokasi pada jam 01.29 petang.

Komander Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki berumur 62 tahun telah tersangkut di atas dahan pokok kuin dengan ketinggian 60 meter. Anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat dan menurunkan mangsa dengan menggunakan sistem tali.

Pihak KKM telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya. Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 08.14 malam.

English EN Malay MS
Skip to content