KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH KE PEJABAT YB HILMI BIN ABDULLAH EXCO KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR

Tarikh : 14 September 2023

Masa : 12.00 Tengahari

Tempat : Aras 6, MABNA-MBI BLOK 8, Kota Darul Naim SUK

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar ( EXCO ). YS Pengarah telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan tugas-tugas Bomba, kekuatan pegawai dan anggota serta kelengkapan aset dan logistik JBPM Negeri Kelantan. Pada masa sama, YS Pengarah telah menerangkan tentang pindaan terkini UBBL dan menyerahkan Buku UBBL kepada YB EXCO. Di Akhir pertemuan YS Pengarah telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang kenangan. Turut hadir PgKB II Zamri bin Mohamad Yusob, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content