KUNJUNGAN HORMAT I-MEDIKEL TV KE JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : 25 Julai 2023 ( Isnin )

Masa : 2.30 petang

Tempat : Pejabat YS Pengarah

PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada I MEDIKEL TV yang diketuai oleh Cik Nik Nur Zakia Abdullah, Penerbit I MEDIKEL TV bersama dua kakitangan. Tujuan pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan media online baru di Kelantan. Penubuhan I MEDIKEL TV adalah untuk menyampaikan maklumat terkini termasuk isu semasa,politik,sukan, kesihatan dan lain-lain. Di Akhir pertemuan YS Pengarah telah ditemubual mengenai perkembangan dan perancangan terkini JBPM Negeri Kelantan. Kedua-dua pihak berharap semoga dapat menjalinkan kerjasama dua hala antara JBPM Negeri Kelantan dengan I MEDIKEL TV.

English EN Malay MS
Skip to content