LAWATAN KERJA YAS TIMBALAN KETUA PENGARAH ( OPERASI ) JBPM KE JBPM NEGERI KELANTAN

7 Ogos 2023 ( Isnin )

YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) JBPM telah hadir meluangkan masa dan bertemu dengan warga JBPM Negeri Kelantan dalam siri Lawatan Kerja Rasmi beliau ke negeri-negeri.

YAS Dato’ telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau kepada warga kerja Bomba Kelantan yang hadir. Dalam ucapan beliau telah memberi nasihat, semangat dan berkongsi idea dalam memajukan dan meningkatkan kualiti kerja jabatan setanding dengan jabatan lain.

Terdahulu YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah memberikan ucapan alu-aluan serta mewakili seluruh pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Kelantan mengucapakan selamat maju jaya kepada YAS Dato’ dan berdoa semoga YAS Dato’ sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

English EN Malay MS
Skip to content