PROGRAM INTERAKTIF DAN OUTREACH UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TAHUN 2023

Tarikh : 27 Julai 2023 (Khamis)

Masa : 08.00 pagi – 03.00 petang

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kelantan

Pihak Pengurusan Psikologi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menganjurkan Program Interaktif dan Outreach yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Program yang dianjurkan ini melibatkan 35 pegawai kanan, 63 pegawai berlainan pangkat dan 17 kakitangan gunasama.

Objektif program diadakan bagi memberi pendedahan tentang pengurusan psikologi disamping membentuk cara kerja yang harmoni serta melahirkan rasa kerjasama antara pegawai-pegawai dan anggota. Program tersebut dihadiri oleh dua orang panel utama antaranya, Puan Haslinda Binti Hassan, Penolong Pengarah Kanan, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Kelantan bersama Puan Nor Arfah Binti Mohd Ishak, Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Program ini disempurnakan oleh YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama panel jemputan.

English EN Malay MS
Skip to content