ziarah kebajikan

ZIARAH KEBAJIKAN PEGAWAI BOMBA KEHILANGAN AHLI KELUARGA OLEH TIMBALAN PENGARAH JBPM NEGERI KEDAH

25 Januari 2024

Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, PPjB Syufa’at Bin Kamaron serta pegawai kanan jabatan telah mengadakan kunjungan ziarah ke Kampung Kubang Tedung, Alor Setar rumah kediaman keluarga PKPgB Ahmad Zamri Bin Chik, Pegawai Zon 1 JBPM Negeri Kedah yang telah kehilangan ibu tersayang pada hari ini.

Semoga PKPgB Ahmad Zamri Bin Chik dan keluarga tabah dan sabar menerima ketentuan serta ujian daripada Allah SWT. YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan seluruh warga JBPM Negeri Kedah mendoakan Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

English EN Malay MS
Skip to content