ziarah kebajikan Sik

ZIARAH KEBAJIKAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN KEHILANGAN AHLI KELUARGA OLEH KETUA BALAI BBP SIK

Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Sik, PPgB Zulkhairi Bin Mat Tanjil serta pegawai kanan Pejabat Zon 2, Sungai Petani serta Anggota Balai telah mengadakan kunjungan ziarah ke Felda Teloi Timur Sik rumah kediaman keluarga PBB Mohd Syakirul Azam b. Abd Rahim, Pegawai Bomba Bantuan, Balai Bomba dan Penyelamat Sik, JBPM Negeri Kedah yang telah kehilangan bapa tersayang pada hari ini.

Semoga PBB Mohd Syakirul Azam b. Abd Rahim dan keluarga tabah dan sabar menerima ketentuan serta ujian daripada Allah SWT.

YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan seluruh warga JBPM Negeri Kedah mendoakan Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

English EN Malay MS
Skip to content