𝗖𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗜𝗟𝗠𝗨

𝗖𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗘𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔

24.01.2024 I RABU MAKTAB MAHMUD SIK, KEDAH

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Maktab Mahmud Sik kerana sudi menjemput Balai Bomba Dan Penyelamat Sik untuk sebuah perkongsian ilmu kebombaan dan penyelamatan yang melibatkan penyertaan dan komitmen murid dan guru dalam pelbagai aktiviti latihan kebakaran di institusi pendidikan menengah yang tersohor di Daerah Sik ini.

Diketuai pegawai operasi balai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Hafizul b Ishak, pengisian program merangkumi pelbagai aspek tentang kesedaran awam berkaitan keselamatan diri, nyawa dan harta benda malahan program yang berlangsung sepanjang tempoh waktu persekolahan itu turut menyajikan praktikal demonstrasi kebakaran selain ceramah layar pengungsian bangunan dan Alat Pemadam Api serta pengurusan kecemasan hidupan reptilia berbisa dan berbahaya.

𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚𝗚𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗜𝗞 – 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘

English EN Malay MS
Skip to content