zakat kedah

BOMBA KEDAH JALIN HUBUNGAN DALAM PEMBANGUNAN UMMAH BERSAMA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

28.01.2024 – Suatu kunjungan hormat telah dilakukan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Kedah, PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), YBhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman pada pagi ini. Sesi kunjungan hormat itu juga disertai oleh Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 1, PgKB II Azhar bin Mohamad, serta PRO JBPM Negeri Kedah manakala di pihak LZNK turut disertai oleh barisan pengurusan dan pegawai-pegawai kanan LZNK.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana muhibah tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan dan ucapan penghargaan oleh YBhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman diikuti dengan sesi pengenalan terhadap sistem yang dibangunkan sendiri oleh LZNK bagi pengurusan zakat di Negeri Kedah.

Dalam sesi pertemuan itu juga, pihak LZNK bersama JBPM Negeri Kedah turut membincangkan strategi-strategi utama dalam membina kerjasama yang mampan seiring dengan teknologi terkini ke arah kemajuan dan pembangunan ummah khususnya kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

angan lupa layari Media Sosial Rasmi BOMBA_KEDAH dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:https://www.facebook.com/bombakedah/

https://www.instagram.com/bomba_kedah

https://twitter.com/Bomba_Kedah

https://www.youtube.com/channel/Bomba_Kedah

Sokongan anda amatlah dihargaiTerima Kasih

English EN Malay MS
Skip to content