ziarah anggota langkawi meninggal

Ziarah Anggota BBP Langkawi Meninggal

15 April 2024 : YS PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang, Pengarah JBPM Negeri Kedah telah melakukan kunjungan ziarah dan juga penyampaian sumbangan awal kepada keluarga Allahyarham PBK II (KUP) Mohd Amer Norazri Bin Mohd Nazari, Pegawai Bomba BBP Langkawi yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi ini.

Kunjungan yang berlangsung di BBP Kuala Perlis turut disertai YS PgKB I Mohd Zaidi bin Hj Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Perlis serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Kedah dan Perlis.

Jenazah Allahyarham dijangka akan tiba di jeti Kuala Perlis pada jam 11.00 pagi seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk urusan post mortem sebelum dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Kg. Selarong, Pengkalan Hulu, Perak. JBPM Negeri Kedah merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan HambaNYA yang beriman dan beramal soleh.

English EN Malay MS
Skip to content