kempenbkk2024

BOMBA KEDAH KOMITED DALAM MEMBERI KESEDARAN BERKENAAN KESELAMATAN KEBAKARAN

26.03.2024 – Pelancaran Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Negeri Kedah 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada tengah hari ini.

Program yang berlangsung dengan kerjasama bersama pusat beli-belah Lotus’s Stargate, Alor Setar, dirasmikan oleh YS PKPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang, Pengarah JBPM Negeri Kedah, diiringi PPjB Syufa’at Bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Kedah.

Aspek kesedaran awam berkaitan tanggungjawab bersama sebagai penghuni dan pemilik premis telah ditekankan dalam usaha mengekang berlakunya insiden yang mengancam keselamatan malahan nyawa sekiranya berlaku kebakaran di premis masing-masing. Dalam program tersebut juga turut berlangsung penyampaian Sijil Perakuan Bomba (FC) kepada beberapa wakil pemilik premis industri yang telah lulus menjalani pemeriksaan semula untuk pembaharuan perakuan.

Sumbangan alat pemadam api turut disampaikan kepada beberapa wakil pusat pengajian agama tahfiz sebagai salah suatu langkah Jabatan dalam mewujudkan kesedaran akan kepentingan perkakasan menentang kebakaran di premis-premis yang mempunyai risiko untuk berlaku insiden kebakaran yang rendah atau kecil mahupun yang berisiko tinggi.

English EN Malay MS
Skip to content