15.04.2024 (Isnin) – Suatu kunjungan hormat telah dilakukan oleh JBPM Negeri Kedah kepada YB Prof Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi) di Wisma Darul Aman pada tengah hari ini.
JBPM Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah, YS PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Keselamatan Kebakaran, Ketua Zon 3 serta Pegawai-Pegawai Kanan turut menerima taklimat pengenalan daripada Invest Kedah serta wakil EVE Energy Co. Ltd., salah sebuah syarikat pelabur yang membangunkan hub pembuatan dan pengeluaran bateri peringkat global di Kawasan Industri Kulim, Kedah.
Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, JBPM Negeri Kedah turut menyatakan tekad dan komitmen Jabatan untuk bersama-sama dalam memastikan setiap aspek pembangunan Industri di Negeri Kedah mematuhi piawaian keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan bagi mewujudkan zon industri selamat sekaligus merancakkan lagi pembangunan sosio ekonomi rakyat di samping menambah keyakinan para pelabur untuk terus menjadikan Negeri Kedah sebagai salah satu Hub Industri utama Negara pada masa akan datang.
- Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi BOMBA_KEDAH dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
- https://www.facebook.com/bombakedah/
- https://www.instagram.com/bomba_kedah
- https://twitter.com/Bomba_Kedah
- https://www.youtube.com/channel/Bomba_Kedah
- Sokongan anda amatlah dihargai Terima Kasih