jom fit

UJIAN KECERGASAN BOMBA (UKB) IBU PEJABAT JBPM NEGERI KEDAH TAHUN 2024

28.1.2024 – Jom Fit Bersama Abang Bomba! Selaras dengan kehendak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mengekalkan dan meningkatkan kecergasan dan stamina setiap pegawai dan anggota, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah mengadakan Ujian Kecergasan Bomba (UKB) yang melibatkan Pegawai Kanan KB 29 hingga KB 54 bertempat di Dewan Muhammad Adib dan sekitar Ibu Pejabat JBPM Negeri Kedah.

Turut hadir menjalani ujian ini, YS PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang, Pengarah JBPM Negeri Kedah, Pegawai Kanan Ibupejabat, Pegawai-pegawai Zon dan Ketua-Ketua Balai JBPM Negeri Kedah.

UKB ini akan berlangsung selama 2 hari bermula pada 28 hingga 29 Januari 2024.

English EN Malay MS
Skip to content