bowling 2024

Acara boling

4.02.2024 – Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (PERSKEB) Negeri Kedah berjaya menganjurkan Pertandingan Boling Beregu Piala YS Pengarah JBPM Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar. Pertandingan ini menggambarkan kecemerlangan acara boling yang melibatkan penyertaan 111 pegawai dan anggota JBPM Negeri Kedah, termasuk pegawai kanan.

Kesungguhan para peserta sepanjang pertandingan menunjukkan semangat bersukan yang berkobar, mencerminkan sinergi di kalangan peserta. Kejohanan ini bukan hanya memupuk kecergasan fizikal, tetapi juga memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dalam pasukan penyelamat.

Kepelbagaian kemahiran dan semangat positif yang diserlahkan melalui pertandingan ini mencerminkan komitmen JBPM Negeri Kedah terhadap kecemerlangan sukan dalam kalangan pegawai dan anggota seiring dengan peningkatan mutu kerja serta perkhidmatan yang cepat dan mesra kepada masyarakat serta negara.

English EN Malay MS
Skip to content