buburlambuk2024 1

PROGRAM PENYEDIAAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN

21.03.2024 – Bulan Ramadhan tahun 2024 Masihi / 1445 Hijrah adalah lebih diberkati dengan pengisian yang bermanfaat kepada semua. Justeru itu, suatu program Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dan Bank Rakyat Cawangan Mergong telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di BBP Alor Setar.

Program yang disertai oleh warga BBP Alor Setar serta pegawai-pegawai daripada Bahagian-Bahagian JBPM Negeri Kedah. YS PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang, Pengarah JBPM Negeri Kedah seterusnya menyempurnakan program dengan pengagihan bubur lambuk kepada wakil-wakil bahagian, balai serta rakan startegik, Bank Rakyat, selaku peserta bersama program kali ini.

English EN Malay MS
Skip to content