بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM W.B.T., SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA, SALAM MAJU JOHOR.
YS Puan, Tuan Timbalan, PPN, Tuan2 / Puan2..
24 MAC 2025
MAJLIS BERBUKA PUASA 1446H TAHUN 2025M PERINGKAT BALAI BOMBA DAN PENYELMAT BUKIT GAMBIR, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR
Syukur Alhamdulillah Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir telah selesai melaksanakan aktiviti balai yang dirancang bagi tahun 2025.
Bermula jam 07:00 petang telah berlangsung satu Majlis Berbuka Puasa Peringkat Balai BBP Bukit Gambir.
Majlis di mulai dengan
– Tahlil Ringkas oleh Ustaz Abd Razak bin Mohd Darom
– Berbuka Puasa
– Solat Maghrib Berjemaah
– Jamuan makan
Majlis juga diteruskan dengan
– Solat Isyak & Solat Sunat Terawih Berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Abd Razak bin Mohd Darom
– Diselitkan Antara Solat Sunat Terawih dengan Tazkirah Ramadhan “Pecutan di 10 Malam Terakhir Ramadhan”.
– Solat Sunat Witir
– Penyampaian cenderahati kepada imam jemputan.
Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pegawai dan anggota dalam menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang hadir meraikan majlis berbuka puasa peringkat balai pada iaitu jemaah dan pengerusi surau berdekatan serta Pengerusi Bomba Komuniti Kampung Sawah Ring turut serta meluangkan sedikit masa pada kali ini.
Sekian untuk makluman.
Terima kasih.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
#BombaTonggakPenyelamatanNegara
#SemogaAnggotaBombaMalaysiaDilindungiAllah


