1hb Febuari 2025 – Hasil cetusan Idea Ketua Balai, TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal yang menginginkan setiap Pasukan mempunyai Jurulatih Kawad Kaki, maka telah berlangsunglah Latihan Jurulatih Kawad Kaki bagi Anggota BBP Larkin. Seramai 25 anggota pelbagai Pangkat telah hadir dalam Latihan ini yang dikendalikan sendiri oleh Ketua Balai bersama KB 2 Mohd Haizrul bin Rahmat dari BBP Pasir Gudang, yang pernah bertugas di BBP Larkin. Selain mempelajari asas Kejurulatihan kawad kaki, kesemua peserta turut didedahkan dengan Kawalan Hormat Suku bagi tujuan menyambut ketibaan tetamu kehormat di dalam program2 anjuran Jabatan dan Balai.
“Dari Sungai hingga Segara, Palestin Pasti Merdeka”


