31hb Januari 2025 – Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, telah berlangsung Majlis Bacaan Ikrar, Perpisahan Anggota dan Pegawai Kadet Serta Mesyuarat Pengurusan Balai Bil 1/2025 dan Mesyuarat Agung PSKK Dwi Tahunan bagi tahun 2025/2026. Majlis dimulakan dengan aturcara Ketua Zon 1, PgKB I Zaipulbahri bin Mat Rusok @Hassan sambil diiringi Ketua Balai BBP Larkin, TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal menerima tabik hormat, menerima lafaz ikrar Intergriti dari Anggota BBP Larkin yang diketuai oleh PBK II Wan Azri bin Wan Adnannan. Ketua Zon 1 kemudiannya dibawa utk menandatangani Buku Pelawat dan membuat lawatan ke Bilik Kawalan BBP Larkin bagi penerangan perlaksanaan STB di BBP Larkin.
Majlis kemudian diteruskan dengan sessi bergambar dengan semua yg hadir dan kemudian diteruskan dengan susunan ucapan dari Pegawai – Pegawai Kadet, PBW Norhafizah yang akan berpindah ke BBP Iskandar Puteri, Ketua Balai dan Ketua Zon 1. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati oleh Ketua Balai kepada Ketua Zon 1, Pegawai-Pegawai Kadet dan PBW Norhafizah. Sebagai tanda kenangan Pegawai Kadet juga turut menyampaikan cenderahati kepada Ketua Balai, Ketua Pasukan Operasi dan Pasukan – Pasukan BBP Larkin. Majlis kemudiannya diselangi dengan Jamuan makan kesemua yang hadir.
Seusainya jamuan makan, Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Pengurusan Balai Bil 1 / 2025 dan Mesyuarat Agung PSKK Dwi Tahunan bagi tahun 2025 / 2026. Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh Ketua Balai dan serta berlakunya Pembubaran bagi Jawatankuasa Induk PSKK yg lama serta lantikan baru PSKK BBP Larkin yang baru. Semoga dengan lantikan baru ini akan bersama – sama memacu Ketua Balai dalam meningkatkan produktiviti BBP Larkin di masa hadapan.
“Dari Sungai hingga Segara, Palestin Pasti Merdeka”


