Johor Bahru, 7 Februari 2025 – Dalam usaha memperkukuh budaya kerja yang bersih, sistematik dan kondusif, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah mengadakan Program Gotong-Royong EKSA Sektor FRV yang melibatkan penyertaan aktif pegawai serta kakitangan jabatan.
Program yang diketuai oleh Puan Nurul Alia binti Bustamam, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Johor merangkap Ketua Sektor FRV, ini telah bermula dengan sesi taklimat di Dewan Terbuka, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor sebelum semua peserta bergotong-royong membersihkan keseluruhan kawasan tangga ibu pejabat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Setia PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, PPjB Muhamad Al Mustakin bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, serta para Penolong Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai dari ibu pejabat.
Menurut Puan Nurul Alia, program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan persekitaran kerja, malah sebagai langkah proaktif dalam mengukuhkan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam kalangan warga JBPM Negeri Johor.


