Audit pemantauan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd

17 Oktober 2022

Audit pemantauan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. Sesi pembukaan auditan telah dihadiri oleh PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor serta Penolong-Penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Johor. Turut bersama dalam sesi pembukaan auditan tersebut PPjB Morni Mamat, Ketua Unit Integriti JBPM serta pegawai-pegawai Unit Integriti JBPM. Sesi auditan kali ini akan dijalankan bermula 17 hingga 18 Oktober 2022 oleh 2 orang auditor SIRIM QAS Internatioanal Sdn. Bhd. iaitu Encik Azran Mohammad Ridzuan dan Encik Sethuraman Ramasamy.

311969782 477584457728391 1760651524138156783 n
312094135 477584124395091 8240234502719958909 n
312049741 477584127728424 5258066455808013967 n
ms_MYMalay