20 Oktober 2022
Sebanyak 33 buah balai seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan pengujian bot dan peralatan menyelamat di air sempena Bulan Kesiapsiagaan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) serentak seluruh Negeri Johor pada hari ini. Pengujian bot dan perlatan menyelamat di air ini turut melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di kawasan jagaan masing-masing bagi menyelaras dan meningkatkan pengetahuan anggota dan PBS tersebut.Pengujian bot dan peralatan menyelamat air ini dilaksanakan bagi memastikan bot serta peralatan berada dalam keadaan baik serta meningkat kemahiran setiap anggota apabila melaksanakan operasi menyelamat di air.

