9 Oktober 2022
Sempena Sambutan Maulidurrasul 1444H/2022M, JBPM Negeri Johor telah menghantar beberapa kontigen perarakan dalam sambutan di peringkat Negeri Johor serta daerah-daerah. Penglibatan kontingen JBPM Negeri Johor diantaranya pada sambutan di peringkat Negeri Johor yang diadakan di Mersing serta peringkat daerah-daerah seperti Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat.





