𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗦𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗦𝗜𝗥 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗘-𝟮

Program CSR Pembersihan Persisir Pantai Siri ke-2 diteruskan lagi hari ini, mencakupi kawasan Gerai D’Semak hingga Dataran Kembara. Usaha ini adalah langkah proaktif untuk memulihkan kecantikan pantai Mersing yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Program ini bukan sahaja menyatukan komuniti tetapi juga menyerlahkan kepentingan kolaborasi untuk memelihara warisan alam yang berharga. Dengan pantai yang bersih dan lestari, Mersing terus berdiri megah sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. Pantai bersih, ekosistem lestari, pelancongan gemilang!

Pejabat Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi -agensi terlibat dalam kerja-kerja pembersihan ini iaitu Pejabat Tanah Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, IPD Mersing, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mersing, Bomba dan Penyelamat Daerah Mersing, FAMA, LKIM, JKR Daerah Mersing, RELA, SW Corp, dan LKIM.

“𝙈𝙚𝙧𝙨𝙞𝙣𝙜 𝘿𝙖𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙡𝙖𝙣𝙘𝙤𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙇𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞”

40
39
41
ms_MYMalay