15.1.2025: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Kategori C: Anugerah Utama, Prestasi Penggunaan Pembayaran Digital Cemerlang daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
YS TPjB Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood, Pengarah Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik, JBPM telah mewakili jabatan bagi menerima penganugerahan tersebut dalam Majlis Penutupan Kempen Pembayaran Tanpa Tunai dan Cek Peringkat Nasional Siri ke-4 (Cashless Boleh 4.0) dan Peluncuran Cashless Boleh 5.0 yang disempurnakan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan di Auditorium MOF, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.


