31.8.2024: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerimapanggilan kecemasan pada jam 11.55 malam, 30 Ogos 2024 melalui talian MERS999 tentang kebakaran bangunan kilang yang berlaku di Jalan Cenderai 26, Taman Perindustrian KotaPuteri, Pasir Gudang, Johor.
Sejumlah 4 jentera FRT dan 2 kenderaan Unit EMRS daripada 3 buah balai Bomba berdekatan telah digerakkan ke lokasi kejadian iaitu BBP PasirGudang, BBP Johor Jaya dan BBP Tebrau dengan kekuatan keseluruhan anggota adalah seramai 26 orang.
Komander Operasi, PPgB Sarhan Akmal bin Mohamad melaporkan, terdapat 3 buah kilang industri kecil dan sederhana (IKS) jenis struktur kekal yangberkeluasan 30×70 kaki persegi setiap bangunan telah mengalami kemusnahan akibat kebakaran iaitu kilang cat – 70%, pejabat pengurusan – 50%dan kilang plastik – 40%.Pasukan Bomba telah bertindak dengan menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan sumber air daripada tangki pam jentera dan pili bomba dalam jarak 1000 kaki.
Namun, dalam kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalamsiasatan.
Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam lebih kurang 2:30 pagi.
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TEBRAU
#BombaPasirGudangJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor