BUKIT JELUTONG, 27 Jun 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Selangor bersama Pegawai Bahagian Operasi menerima kedatangan pegawai dari Jabatan Audit Negara yang diketuai oleh Encik Faizal bin Mosot.
Turut hadir dalam sesi perjumpaan ini Ketua Balai BBP Sepang, BBP Teluk Panglima Garang dan BBP Bestari Jaya bagi membincangkan pengurusan kebakaran tanah gambut yang sering dihadapi oleh JBPM Selangor dan pemasalahan yang dihadapi agar dapat ditambahbaik sekiranya berlaku di masa akan datang.