BUKIT JELUTONG, 26 Jun 2024 – Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Pemenang pertandingan ini dinilai melalui jumlah masa yang terpantas. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada 88 orang peserta lelaki dan 12 orang peserta wanita telah menyertai pertandingan ini. PB Muhammad Rizwanizam bin Zaifulmala telah dinobatkan sebagai Johan acara Braveheart Individual Challange kategori lelaki manakala PB Muhamad Irsyad bin Ariffin mendapat tempat kedua dan PB Mohd Syazwan bin Omar mendapat tempat Ketiga.
Bagi acara Braveheart Individual Challenge kategori wanita, PBW Cintiaa Carina Anak Dilah telah dinobatkan sebagai juara, tempat kedua telah dimenangi oleh PBW Addrianna Vincies dan tempat ketiga telah dimenangi oleh PBW Nurul Shafinas binti Yusri.
Di dalam pertandingan ini peserta perlu melengkapkan 4 disiplin iaitu Firefit Challenge, Ladder Challange, Tower Challenge dan Hercules Challenge bagi mendapatkan masa terpantas untuk memenangi pertandingan.
Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung selama 2 hari bermula 25 dan 26 Jun 2024 yang mana objektif pertandingan diadakan adalah bagi menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang Pegawai Bomba.
Di samping itu juga melalui pertandingan ini dapat dijadikan suatu titik permulaan untuk mencari peserta terbaik daripada yang terbaik bagi mewakili JBPM Negeri Selangor ke Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
“TAHNIAH DAN SYABAS”
dari seluruh warga JBPM Negeri Selangor