MAJLIS PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022 DAN SIJIL PERKHIDMATAN 30 TAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
20 November 2023 – Bertempat di Dewan Dato’ Sri Hj. Wan Mohd Nor, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berlangsungnya Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2022 adalah seramai lima puluh enam (56) orang terdiri daripada pegawai pelbagai pangkat yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan. Turut hadir ialah PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai dan pegawai kanan jabatan