Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan taklimat dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan Bahagian Keselamatan Kebakaran berkaitan prestasi kerja yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023.
Taklimat ini telah dihadiri oleh YAS Ir. Ts. Dato’ Ahmad Izram Bin Osman ( Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan) serta di iringi oleh Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang PPjB Ts. Zulfahmi Bin Sutaji, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon dan Pegawai Kanan Bahagian.