MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENTAULIAHAN BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA TAHUN 20232 November 2023 – JBPM Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya menganjurkan “Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia Tahun 2023”. Program ini adalah hasil daripada kerjasama bersama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) yang mana melibatkan 6 buah politeknik di seluruh Malaysia.Program ini bertujuan untuk melatih dan membimbing siswa politeknik dalam menjalani latihan berkaitan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman praktikal kepada siswa politeknik dalam bidang keselamatan dan pemadaman kebakaran. Selain daripada itu, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menjalin hubungan dengan rakan sejawatan dari pelbagai politeknik di seluruhMajlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia 2023 disempurnakan oleh YAS Dato’ Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM. Beliau hadir untuk memberi kata aluan dan menyaksikan majlis tersebut sebagai tanda sokongan JBPM terhadap usaha-usaha pembangunan dalam bidang keselamatan dan pemadam kebakaran.Turut hadir pada majlis ini adalah Mejar (K) Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan Akademik JPPKK, YS PKPjB Dato’ Haji Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan JBPM, PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang dan Encik Shuhaimi bin Samanol, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Seberang Perai.