MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PSKK JBPM JOHOR

30 Mac 2023

Bertempat di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (PSKK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor bagi tahun 2023/2024. Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor dan turut dihadiri oleh perwakilan dari PSKK Cawangan Ibu Pejabat, Zon dan Balai-balai Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa PSKK JBPM Negeri Johor bagi penggal yang lepas atas komitmen dan jasa yang diberikan. Bagi Jawatankuasa yang baru dilantik semoga dapat membawa hala tuju yang lebih cemerlang dan menjalankan amanah sebaik mungkin.Sempena mesyuarat ini juga, Majlis Berbuka Puasa Peringkat Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor turut diadakan di Kompleks Kuarters Bomba Johor. Semoga ikatan ukhwah dan kerjasama yang diberikan dapat diperkukuhkan.

339095363 869428037455979 8379601834497449568 n
338572604 3409108709303414 3143076749203399258 n
English EN Malay MS
Skip to content