Sumbangan banjir kepada 48 orang Pegawai Bomba JBPM Negeri Johor yang terjejas banjir MTL 2022/23 baru-baru ini telah disumbangkan oleh Encik Kuan Chee Heng “Uncle Kentang”. Sumbangan yang merangkumi barangan keperluan dapur dan elektrik telah diterima oleh PgKB II Siti Hajar Sanusi yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor. Turut hadir PPgB Mohamad Shamin Mohamad Salikin, Ketua Balai BBP Ayer Hitam.JBPM Negeri Johor merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan beliau terhadap anggota dan pegawai jabatan ini.


