PROGRAM PASCA BANJIR

BATU PAHAT, 22.3.2023:

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengetuai delegasi ke Batu Pahat bagi melihat sendiri kawasan yang terjejas akibat banjir. Turut menyertai program tersebut adalah YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Antara kawasan yang dilawati adalah di Sri Medan dan Simpang Kiri, Batu Pahat termasuk di Balai Raya Kampung Parit Yusof. Beliau dan delegasi turut menghulurkan tenaga dan bantuan kepada mangsa yang terkesan teruk dilanda banjir tempoh hari serta berkesempatan menyampaikan Bakul Makanan kepada penduduk sekitar. YBhg. KSN juga berkesempatan menyantuni Sukarelawan Penjawat Awam yang terdiri daripada JBPM, KPKT dan SWCorp di Balai Raya Kampung Parit Yusof.

336902302 202394982408746 8973583876557431478 n
336915486 894269585157128 1781139358375349281 n
337501157 593570519491880 8965444482566311123 n
English EN Malay MS
Skip to content