30 Januari 2023 (Isnin) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di The Zenith Hotel, Presint 2, Putrajaya. Seramai 120 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Lizawati Bin Mohd Nasir (Bahagian Keselamatan Kebakaran) dan Anggota dari Pasukan C BBP Presint 7 yang diketuai oleh PBK II Mohd Zamanee Bin Yunus @ Hasbullah
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.37 pagi.
Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Lizawati Bin Mohd Nasir (Bahagian Keselamatan Kebakaran) dan Anggota dari BBP Presint 7
Pasukan ERT sedang sedang melakukan pemadaman dari tingkat 1 bangunan. Wakil kakitangan dari The Zenith Hotel melakukan pemadaman api minyak menggunakan alat pemadam api. Pasukan bomba tiba untuk menyelamat mangsa di aras 1 Pasukan ERT menyelamatkan mangsa di dewan utama hotel Jentera Aerial Ladder Platform (ALP) tiba untuk membuat penyelamatan di aras tinggi Dua Anggota Bomba menaiki ALP untuk menyelamat mangsa di aras 1 Aktiviti demonstrasi penggunaan alat pemadam api dijalankan selepas tamat pengungsian bangunan. Seorang lagi kakitangan The Zenith Hotel berjaya memadam kebakaran api minyak dengan menggunakan alat pemadam api.