3 Februari 2023 (Jumaat) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Suasana PjH, Presint 2, Putrajaya. Seramai 696 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Lizawati Bin Mohd Nasir (Bahagian Keselamatan Kebakaran) dan Anggota dari Pasukan B BBP Presint 7 yang diketuai oleh PBK II Khairel Azman Bin Not.
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.51 pagi.
Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Lizawati Bin Mohd Nasir (Bahagian Keselamatan Kebakaran) dan Anggota dari BBP Presint 7.
Pegawai pemerhati sedang memeriksa bilik kawalan bangunan Suasana PjH Anggota pasukan ERT melakukan pemadaman di Aras 7 (Podium) Pasukan Bomba dari BBP Presint 7 tiba di lokasi. Penyelia pasukan bomba dan ketua insiden sedang berkomunikasi tentang maklumat insiden di bilik kawalan. Mangsa berjaya dikeluarkan dari bangunan ke sick bay oleh pasukan bomba. Penyelia menghantar maklumat insiden ke PGO Keadaan dan situasi di tempat berkumpul