17 Disember 2022 (Sabtu) – JBPM Putrajaya telah dijemput menyertai aktiviti pameran sempena Karnival Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 bersama Persatuan Penduduk PPAM Larai, Presint 6. Kehadiran 1 jentera Bomba dan 2 unit RIM bersama Pasukan (B), BBP Presint 7 telah turut sama memeriahkan karnival.
Antara barang-barang yang dipamerkan di karnival tersebut. Kanak-kanak sedang membaca pamplet yang disediakan. Banner-banner yang dipamerkan kepada pengunjung-pengunjung. Tapak pameran bomba. PBK II (KUP) Mohd Ayub bin Ab Wahab sedang memberikan penerangan mengenai keselamatan kebakaran kepada pengunjung-pengunjung.