3 Disember (Sabtu) – JBPM Putrajaya telah dijemput untuk menjadi fasilitator dan mengambil bahagian dalam aktiviti Sambutan Hari Kesihatan Kanak-kanak Tahun 2022 sempena Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11 yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya. Selain menyediakan aktiviti pendidikan dan bermain (learn & play) yang berkonsepkn “Santai Tapi Sampai”, penganjur juga memasukkan elemen kebombaan dalam gimik pelancaran program. Program yang disertai pelbagai agensi seperti PDRM dan agensi-agensi kesihatan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Daerah Putrajaya.
Puan Liza sedang mengajar anak-anak mengenai tindakan menyelamatkan diri. Antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Anggota bomba sedang menunjukkan langkah menyelamatkan diri iaitu dengan cara menjerit meminta pertolongan, merangkak dan stop, drop & roll). Anggota bomba sedang menunjukkan cara-cara penyelamatan dilakukan. Kanak-kanak sedang mempraktikkan cara-cara teknik drop & roll. Kanak-kanak sedang mencuba teknik merangkak untuk menyelamatkan diri dari kebakaran. YBrs. Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Daerah Putrajaya merasmikan Sambutan Hari Kesihatan dengan memasukkan elemen kebombaan dalam gimik pelancaran. Bergambar kenangan bersama maskot Hana dan Omar.