22 Disember 2022 (Khamis) – Latihan Alat Pemadam Api yang dikendalikan oleh PBK II (KUP) Mohd Ayub bin Ab Wahab (Unit APA, BKK) dengan dibantu oleh 3 orang anggota BBP Presint 7 telah diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kehadiran 50 orang staff KKM.
PBK II (KUP) Mohd Ayub bin Ab Wahab sedang memberi taklimat mengenai Alat Pemadam Api. Antara kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mendengar taklimat APA. Anggota bomba sedang melakukan demonstrasi penggunaan alat pamadam api. Demonstrasi alat pemadam api berjalan dengan lancar dan selamat. Bergambar kenangan bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).