331874038 763965505067953 7097406293825903453 n

YAB Perdana Menteri Umumkan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun Dinaikkan Taraf Kepada Balai Kategori C

TAMBUN, 11.3.2023: Pada petang ini, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah meluangkan masa untuk merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Negeri Perak.
 
Di awal kehadiran, YAB Perdana Menteri sempat membuat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 2 orang pegawai dan 99 orang anggota lain-lain pangkat diketuai oleh PgKB II Muhammad Firdaus Khan bin Anwat Khan.
 
Sebagai gimik perasmian, PgKB II Nur Hafizah binti Mohd Lokman yang mengetuai Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) menunggang motosikal bergerak masuk ke perkarangan balai dan berhenti di hadapan pentas bagi menyerahkan ‘TINTA KHAS’ kepada YAB Perdana Menteri sebelum menandatangani plak perasmian.
 
Dalam ucapannya, beliau juga ada menyatakan dalam belanjawan baru-baru ini, pihak kerajaan akan menambah peruntukan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Ini adalah bertujuan untuk menambah kelengkapan yang canggih bagi memastikan pengoperasian dan perkhidmatan JBPM bertambah baik.
 
Selain itu, beliau juga menyatakan, BBP Tambun akan dinaik taraf daripada Balai Kategori D kepada Balai Kategori C.
 
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan serta Pengurusan Tertinggi KPKT, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM serta Pengurusan Tertinggi JBPM, Kerajaan Negeri Perak, pegawai dan anggota JBPM serta penduduk setempat.

Klik di sini untuk melihat gambar penuh
English EN Malay MS
Skip to content