18.12.2023: JBPM Negeri Selangor menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 5.58 pagi yang berlaku di Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.
Pasukan Bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Sungai Besar dan BBP Sekinchan telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima bagi menjalankan operasi penyelamatan.
Komander Operasi, PBK II Mohd Arbain bin Saarani melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan melanggar struktur penutup longkang simen.
Terdapat 5 orang mangsa yang menaiki kenderaan itu. Dimana, seorang mangsa wanita dewasa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
Seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa telah tersepit dalam kenderaan itu.
Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan khas.
Manakala, seorang wanita dewasa dan 2 orang kanak-kanak lelaki dilaporkan mengalami kecederaan.
Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk menerima rawatan lanjut.
Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.