18.12.2023: JBPM Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengah malam melalui talian MERS999 untuk bantuan membawa seorang wanita yang hendak bersalin ke hospital.
Wanita tersebut yang berusia 25 tahun itu tinggal di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan telah diselamatkan oleh anggota Bomba daripada BBP Rantau Panjang.
Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Suhaimi bin Razali, beliau bersama 2 orang lagi anggota telah ke rumah wanita itu dengan menaiki kenderaan Toyota Hilux.
Kesukaran yang dihadapi adalah, ketika dalam perjalanan membawa wanita tersebut ke Hospital Lati, terdapat laluan yang telah ditenggelami air setinggi 1 meter. Namun kenderaan dapat sampai ke Hospital Lati dengan selamat yang mengambil jarak kira-kira 15 km.
Setelah memastikan wanita tersebut telah selamat menerima rawatan, operasi telah ditamatkan pada jam 1:36 pagi.